SK ST JOHN 1 & 2 JOINT COMMITTEE - 2011
PER : NOTA PERJUMPAAN No. 1
Tarikh : 1hb April 2011
Masa : 10.15 malam
Tempat : Restoran Kopitiam, Hotel De Palma, Ampang 68000 Selangor
Kehadiran :
SK St John (1)
1. Y Bhg Dato’ Mohd Kamill bin Manaf - Yang Di Pertua
2. Y Bhg Dato’ Yaacob bin Wan Ibrahim - Penasihat YDP
3. YM Raja Abdul Halim - AJK
4. En Khanna - AJK
5. Pn Zuraida binti Abu Hassan - AJK
6. En Dineshraj Cheelathurai - AJK
SK St John (2)
1. En Mohd Mazhanafi - Yang Di Pertua
2. En Mohamad Izham bin Ismail - AJK (Biro Akademik)
Bil | Perkara
| Ti | Tarikh |
1.0 | PENDAHULUAN |
|
|
1.1
| Perjumpaan suai-kenal ini adalah hasil perbualan telefon di antara kedua-dua Yang Di Pertua (YDP) sekolah SK St John (1) dan (2) yang telah melahirkan hasrat untuk bertemu dan memperkenalkan diri masing-masing demi mencapai permuafakatan di antara kedua-dua sekolah untuk manafa’at dan kebajikan warga kedua-dua buah sekolah.
| Makluman
|
|
2.0 | ULASAN SK ST JOHN (1)
|
|
|
2.1
| SJ(1) memaklumkan bahawa AGM mereka telah di adakan pada 25/2/2011 dan barisan Exco dan AJK mereka untuk sessi 2011 adalah berwajah baru.
SJ(1) juga memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat PIBG 2011 yang pertama pada 26/3/2011 dan mereka telah menubuhkan biro-biro berikut :
a. Biro Akademik
b. Biro Infrastruktur
c. Biro ICT
d. Biro Sosial & Kebajikan
e. Biro Keusahawanan
f. Biro Sukan
| Makluman
|
|
3.0 3.1
3.2
3.3
4.0
4.1
| ULASAN SK ST JOHN (2)SJ(2) memaklumkan bahawa AGM mereka baru di adakan pada 26/3/2011 dan barisan Exco dan AJK mereka untuk sessi 2011 juga berwajah baru.
SJ(2) menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan SJ(1) untuk menjayakan projek-projek sekolah secara bersama.
SJ(2) juga memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan mesyuarat PIBG 2011 yang pertama pada 8/4/2011 dan mereka akan menubuhkan biro-biro yang sama seperti Sj(1).
OBKETIF BERSAMA
SJ(1) dan SJ(2) bersetuju untuk memulakan perkongsian tenaga di antara kedua-dua badan PIBG dengan tindakan berikut :
i. Berbincang secara teliti sebarang pertindihan / percanggahan aktiviti dalam takwim masing-masing bersama
ii. Mengadakan acara Gotong Royong untuk membersihkan premis sekolah bersama (pada tarikh yang akan di tentukan kelak)
iii. Memohon untuk mendapatkan dana mengecat keseluruhan premis sekolah (mengikut skema warna yang di persetujui kedua-dua sekolah)
iv. Bersama berbincang cadangan majlis amal dana PIBG (dengan harapan menjemput murid-murid tua [old boys] sebagai tetamu terhormat / penaja).
Tindakan-tindakan di atas akan di mulakan sejurus selepas PIBG SJ(2) mewujudkan biro-biro berkaitan pada mesyuarat 8/4/2011 kelak. |
|
|
5.0
| PENANGGUHAN SESSI PERJUMPAAN Perjumpaan ditangguhkan pada jam 11.30 malam. |
Makluman
|