Salam kepada semua,
Di maklumkan khusus kepada ibubapa murid darjah 6 bahawa pihak sekolah berpendapat mereka akan memberi tumpuan khusus dan lebih efektif apabila pihak sekolah sendiri akan menghubungi ibubapa dan murid-murid darjah 6 selepas keputusan ujian PKSR 1 di keluarkan.
Maka pihak sekolah berpendapat, perjumpaan bersama kumpulan ibubapa darjah 6 seperti yang telah di adakan pada 9hb Mac 2011 tidak perlu di adakan lagi.
Harap maklum.
Sunday, 12 June 2011
Wednesday, 13 April 2011
Memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa PIBG dari pihak Ibubapa untuk Tahun 2011.
Komen, kritikan dan ulasan pihak Ibubapa / Guru-guru di alu-alukan demi memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan pencapaian SK St John (2) KL - sila tujukan emel-emel berkaitan ke = 'stjohn2kl@gmail.com'.
Saturday, 2 April 2011
Tahniah Cikgu Halim!
Warga SK St John (2) dengan besar hati memperkenalkan anakanda sulung Cikgu Mohamad Abdul Halim, Muhammad Ikmal Hafizi (Tarikh Lahir : 22hb Mac 2011) !
* gambar di atas di rakam di kediaman Cikgu Halim semasa lawatan YDP dan Encik Izham untuk meraikan Anakanda Muhammad Ikmal Hafizi bin Mohamad Abdul Halim pada 2hb April 2011.
Setinggi-tinggi terima kasih di ucapkan kepada Cikgu Halim kerana sudi menerima kunjungan perwakilan PIBG.
(ps : tahniah juga kepada Yang Di Pertua PIGB 2011, Encik Mazhanafi di atas tempoh kerjaya 27 tahun bersama CIMB Bank pada 1hb April 2011!)
Informal 'Suai-Kenal' Bersama PIBG St John (1)
PER : NOTA PERJUMPAAN No. 1
Tarikh : 1hb April 2011
Masa : 10.15 malam
Tempat : Restoran Kopitiam, Hotel De Palma, Ampang 68000 Selangor
Kehadiran :
SK St John (1)
1. Y Bhg Dato’ Mohd Kamill bin Manaf - Yang Di Pertua
2. Y Bhg Dato’ Yaacob bin Wan Ibrahim - Penasihat YDP
3. YM Raja Abdul Halim - AJK
4. En Khanna - AJK
5. Pn Zuraida binti Abu Hassan - AJK
6. En Dineshraj Cheelathurai - AJK
SK St John (2)
1. En Mohd Mazhanafi - Yang Di Pertua
2. En Mohamad Izham bin Ismail - AJK (Biro Akademik)
Bil | Perkara | Ti | Tarikh |
1.0 | PENDAHULUAN | ||
1.1 | Perjumpaan suai-kenal ini adalah hasil perbualan telefon di antara kedua-dua Yang Di Pertua (YDP) sekolah SK St John (1) dan (2) yang telah melahirkan hasrat untuk bertemu dan memperkenalkan diri masing-masing demi mencapai permuafakatan di antara kedua-dua sekolah untuk manafa’at dan kebajikan warga kedua-dua buah sekolah. | Makluman | |
2.0 | ULASAN SK ST JOHN (1) | ||
2.1 | SJ(1) memaklumkan bahawa AGM mereka telah di adakan pada 25/2/2011 dan barisan Exco dan AJK mereka untuk sessi 2011 adalah berwajah baru. SJ(1) juga memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat PIBG 2011 yang pertama pada 26/3/2011 dan mereka telah menubuhkan biro-biro berikut : a. Biro Akademik b. Biro Infrastruktur c. Biro ICT d. Biro Sosial & Kebajikan e. Biro Keusahawanan f. Biro Sukan | Makluman | |
3.0 3.1 3.2 3.3 4.0 4.1 | ULASAN SK ST JOHN (2)SJ(2) memaklumkan bahawa AGM mereka baru di adakan pada 26/3/2011 dan barisan Exco dan AJK mereka untuk sessi 2011 juga berwajah baru. SJ(2) menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan SJ(1) untuk menjayakan projek-projek sekolah secara bersama. SJ(2) juga memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan mesyuarat PIBG 2011 yang pertama pada 8/4/2011 dan mereka akan menubuhkan biro-biro yang sama seperti Sj(1). OBKETIF BERSAMASJ(1) dan SJ(2) bersetuju untuk memulakan perkongsian tenaga di antara kedua-dua badan PIBG dengan tindakan berikut : i. Berbincang secara teliti sebarang pertindihan / percanggahan aktiviti dalam takwim masing-masing bersama ii. Mengadakan acara Gotong Royong untuk membersihkan premis sekolah bersama (pada tarikh yang akan di tentukan kelak) iii. Memohon untuk mendapatkan dana mengecat keseluruhan premis sekolah (mengikut skema warna yang di persetujui kedua-dua sekolah) iv. Bersama berbincang cadangan majlis amal dana PIBG (dengan harapan menjemput murid-murid tua [old boys] sebagai tetamu terhormat / penaja). Tindakan-tindakan di atas akan di mulakan sejurus selepas PIBG SJ(2) mewujudkan biro-biro berkaitan pada mesyuarat 8/4/2011 kelak. |
5.0 | PENANGGUHAN SESSI PERJUMPAAN Perjumpaan ditangguhkan pada jam 11.30 malam. | Makluman |
Tuesday, 15 March 2011
Extra Classes Attendances till 8th March 2011
DARJAH 6 JAYA
DARJAH 6 KREATIF
PARENTS - PLEASE CHECK YOUR SON'S ATTENDANCES ABOVE - PLEASE CALL THE SCHOOL AT 03-2078 1849 TO REPORT ANY TRUANCIES (OR AMENDMENTS) - OR PLEASE WRITE TO US AT [ stjohn2kl@gmail.com ].
THANK YOU VERY MUCH.
1st Std 6 Parent's-Teacher's Committee Meeting Minutes held on 9th March 2011
PER : MINIT MESYUARAT BERSAMA GURU-GURU No. 1
Tarikh : 9hb Mac 2011
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, SK St John (2), Jln Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Kehadiran :
Fakulti SK St John (2)
1. Cik Hjh Jamaliah binti Mohd Jamil - Guru Besar (GB)
2. En Zulkaimi bin Muhammad - Guru Penolong Kanan I (GPK)
3. Cik Randip Kaur a/p Valdev Singh - Guru Kelas 6 SETIA + English 6S
4. Pn Norfazlindah binti Abu - Guru Science 6S/6K
5. Pn Fazura binti Mohd Noor - Guru Kelas 6 KREATIF + Maths 6K/6S
6. Cik Doreena Easter - Guru Bahasa Inggeris 6J
7. En Mohamad Dasuki bin Nazir - Guru Bahasa Malaysia 6J
8. En Ahmad Izham bin Yatim Bakhtiar - Guru Science 6J
Ibubapa
1. En Kumarendran N - 6 SETIA (Haarendran Kumar)
2. En Shuib bin Ahmad (Datuk) - 6 SETIA (Muhammad Amirul Aiman)
3. Pn Thamilmalar - 6 SETIA (V Sudesh)
4. En Azizul Rahim - 6 SETIA (Muhammad Afif)
5. En Zulfikhar bin Hj Yusoff - 6 SETIA (Airil bin Zulfikhar)
6. Pn Upiek binti Mansjur - 6 SETIA (Airil bin Zulfikhar)
7. En Mohd Mazhanafi - 6 SETIA (Muhammad Hafizi)
8. Pn Rohana binti Kallam - 6 SETIA (Muhammad Hafizi)
9. Mohamad Izham bin Ismail - 6 SETIA (Mohamad Nuqman Hazim)
10. Anbalagan A - 6 SETIA (Andrew Anel)
11. Pn Jessica Lim - 6 SETIA (Timothy Choy)
12. Pn Rupawan - 6 SETIA (Adam Aiman)
13. Pn Rani N - 6 JAYA (Taswin)
14. Pn Hezlina - 6 JAYA (Muhammad Haziq Irfan)
15. En Mohd Zain Azir - 6 JAYA (Muhammad Al-Faris)
16. Pn Vanitha - 6 JAYA (Phirinthivy)
17. En Balasubramaniam - 6 JAYA (Prem)
18. Pn Mageswary - 6 JAYA (Asshwin)
19. En Akmal Aziz - 6 JAYA (Fareez Azzem)
20. Pn Noraishah - 6 JAYA (Muhammad Danish Khan)
21. Pn Natrah binti Chik - 6 KREATIF (Mohd Syukur Iman)
22. En Mohd Fadzli Izwan - 6 KREATIF (Aiman Farhann)
23. Pn Che Roslina binti Che Noh - 6 KREATIF (Aiman Farhann)
24. En Kamaruddin Kamin - 6 KREATIF (Muhammad Fariz)
25. Pn Norlian binti Mohd Ali - 6 KREATIF (Muhammad Zulfiqar)
Bil | Perkara | Ti | Tarikh |
1.0 | PENDAHULUAN | ||
1.1 | Mesyuarat mulakakan oleh Guru Besar (GB) dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua ibubapa yang hadir.Mesyuarat kemudian di pengerusikan oleh Encik Mohamad Izham bin Ismail. | Makluman | |
2.0 | OBJEKTIF MESYUARAT | ||
2.1 | Mesyuarat di maklumkan bahawa agenda mesyuarat adalah seperti berikut :i. Memperkenalkan barisan tenaga pengajar kesemua guru-guru mata pelajaran dalam darjah 6 ii. Menerangkan konsep pembelajaran darjah 6 bagi tahun 2011 iii. Membentangkan prestasi pencapaian ujian intervensi 1(November 2010) & intervensi 2 (Februari 2011) iv. Memberi maklum-balas pihak Guru-guru kepada ibubapa v. Menerima maklum-balas dari pihak ibubapa vi. Perkara-perkara berbangkit | Makluman | |
3.0 | SENARAI NAMA & NOMBOR TELEFON GURU-GURU |
3.1 3.2 3.3 | DARJAH 6 SETIA Guru Kelas – CIK RANDIP KAUR (019-936 5636) Guru Matematik - PUAN FAZURA BT MOHD NOOR (019-341 3604) / [fazuramohdnoor@yahoo.com] Guru Sains – PUAN NORFAZLINDAH BINTI ABU (012-742 1318) / [kristal_abadi74@hotmail.com] Guru Bahasa Malaysia – ENCIK FAHMI BIN ARIPIN (016-252 9769) Guru Bahasa Inggeris – CIK RANDIP KAUR (019-936 5636) DARJAH 6 JAYA Guru Kelas – ENCIK MOHAMAD SAIFUL BIN ASRUL (013-240 9186) / [mohdsaifulasrul@yahoo.com] Guru Matematik – ENCIK MOHAMAD SAIFUL BIN ASRUL (013-240 9186) / [mohdsaifulasrul@yahoo.com] Guru Sains – ENCIK AHMAD IZHAM BIN YATIM BAKHTIAR (012-257 9389) / [arm_annur@yahoo.com] Guru Bahasa Malaysia – ENCIK MOHAMAD DASUKI BIN NAZIR (019-372 6109) Guru Bahasa Inggeris – CIK DOREENA EASTER (016-348 0498) / [alissara78@gmail.com] DARJAH 6 KREATIF Guru Kelas – PUAN FAZURA BT MOHD NOOR (019-341 3604) / [fazuramohdnoor@yahoo.com] Guru Matematik - PUAN FAZURA BT MOHD NOOR (019-341 3604) / [fazuramohdnoor@yahoo.com] Guru Sains – PUAN NORFAZLINDAH BINTI ABU (012-742 1318) / [kristal_abadi74@hotmail.com] Guru Bahasa Malaysia – ENCIK FAHMI BIN ARIPIN (016-252 9769) Guru Bahasa Inggeris – ENCIK RICKY EU TENG HUAT (019-400 8652) | Makluman Makluman Makluman | |
4.0 4.1 4.1.1 4.1.2 4.2 4.2.1 4.2.2 | PEMBELAJARAN DARJAH 6 TAHUN 2011 KELAS BIMBINGAN CEMERLANG UPSR ( Kelas Tambahan Selepas Sekolah) GPK melaporkan bahawa kelas bimbingan tambahan telah bermula semenjak 7/2/2009 setiap hari Isnin hingga Khamis (melainkan hari Rabu – Koko) dari pukul 1.00pm – 3.00 pm. Pihak sekolah di minta mengemukakan senarai kehadiran (Kelas Tambahan) setiap pelajar kepada Kommittee setiap bulan dengan harapan setiap ibubapa akan memantau kehadiran dan peka dengan semua kerja-kerja rumah yang di arah pihak Guru. CADANGAN PENINGKATAN PENCAPAIAN DARJAH 6 KREATIF GB memaklumkan bahawa pihak sekolah akur dengan prestasi lemah di Kelas 6 KREATIF sebelum ini. Bagi Tahun 2011, GB telah menurunkan tenaga pengajar yang berpengalaman khusus untuk murid-murid dajah 6 KREATIF di mana penumpuan khas serta kelas-kelas tambahan akan di beri untuk menaikkan prestasi murid-murid. | Makluman Makluman Makluman Makluman | |
5.0 5.1 5.1.1 5.1.2 | PEMBENTANGAN LAPORAN PRESTASI UJIAN INTERVENSI No.1 (NOVEMBER 2011) dan INTERVENSI 2 (FEBRUARI 2011) KELAS BIMBINGAN CEMERLANG UPSR ( Kelas Tambahan Selepas Sekolah) Pihak sekolah melaporkan untuk ujian intervensi 1, hanya 1 murid yang telah mendapat keputusan 5A manakala 3 murid lagi mendapat 4A1B (kesemuanya dari Darjah 6 SETIA) manakala untuk ujian intervensi 2, tiada murid mendapat keputusan 5A, 2 murid mendapat 4A1B dan 3 murid mendapat 3A2B (kesemuanya dari Darjah 6 SETIA). Keputusan ujian intervensi No.1 & 2 menunjukan bahawa masih banyak usaha yang perlu di pertingkatkan untuk semua murid-murid Darjah 6 untuk mencapai kepada suatu tahap yang boleh di banggakan. | Makluman Makluman | |
6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 | MAKLUMBALAS GURU-GURU KEPADA IBUBAPA Pemantauan Kerja-kerja Rumah Ibubapa di minta berkorban masa dan tenaga untuk lebih mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak TERUTAMA menyemak semua KERJA-KERJA RUMAH yang di pesan pihak Guru. Membuat Latihan Tambahan (Buku-buku Kerja/Rujukan UPSR) Ibubapa juga di minta mendapatkan buku-buku kerja / rujukan tambahan (jika perlu) bagi memantapkan penguasaan murid-murid. Matematik (Hafal Sifir 12 angka) Ibubapa di minta mula menentukan anak-anak mereka menghafal sifir 12 angka kerana ini akan memberi keyakinan diri di samping menguasai asas matematik. Ibubapa di maklumkan bahawa pihak Guru akan mengadakan sessi ujian lisan penghafalan sifir 12 angka tersebut secara rambang kelak. Bahasa Inggeris Ibubapa di pesan untuk menentukan murid-murid memberi tumpuan kepada kandungan buku teks Bahasa Inggeris untuk darjah 4, 5 & 6 – kerana kebanyakan soalan yang keluar akan berteraskan kandungan tersebut. Perjumpaan secara terus dengan Guru-guru Ibubapa di maklumkan bahawa pihak Guru mengalu-alukan sebarang ‘follow-up’ dari pihak ibubapa mahupun murid-murid – pihak Guru menyatakan kesudian memberi tunjuk ajar tambahan kepada murid sekiranya murid tersebut menunjukan inisiatif untuk berjumpa dengan Guru-guru berkenaan. | Ibubapa Ibubapa Ibubapa Makluman Makluman Makluman | |
7.0 7.1 7.2 7.3 | MAKLUMBALAS IBUBAPA KEPADA GURU-GURU Ibubapa secara umum mengucapkan ribuan terimakasih kepada para Guru-guru kerana telah sudi melapangkan masa untuk bersua-muka dengan para ibubapa (yang di anggap mewakili kesemua ibubapa/’stakeholder’ murid-murid Darjah 6) demi kepentingan murid-murid. Selain itu pihak ibubapa juga memberi maklum-balas seperti berikut : Keputusan Bahasa Malaysia (Pemafahaman & Penulisan) Ramai ibubapa dari kelas 6 Setia ingin mendapatkan penjelasan di atas penurunan mendadak markah subjek Bahasa Malaysia (BM) pada ujian intervensi 2 berbanding intervensi 1. Pihak sekolah memaklumkan bahawa Cikgu Ahmad Fahmy bin Aripin (Guru BM 6 Setia) tidak hadir dalam sessi mesyuarat ini kerana sedang bertugas sebagai guru pengiring untuk pasukan hoki sekolah di kejohanan MSSKL. Pihak sekolah akan meningkatkan tindakan untuk menaikkan kembali tahap prestasi subjek di atas dan (insha’allah) kesannya kelak akan dapat di lihat dalam peperiksaan seterusnya pada 11hb April 2011 kelak. Jumlah Guru di SK St John (2) Pihak ibubapa memohon kepada pihak sekolah untuk mempertimbangkan tidak menggunakan tenaga guru-guru darjah 6 untuk aktiviti luar darjah demi menentukan kesinambungan pembelajaran. Pihak sekolah walaubagaimanapun memaklumkan bahawa tenaga guru di sekolah hanya berjumlah 30 orang – oleh itu, ketiadaan guru kerana mengiring pasukan/aktiviti sekolah (tidak termasuk menghadiri kursus-kursus berkaitan tidak dapat di elakkan). Pemaparan Keputusan Ujian / Peperiksaan secara Umum Ibubapa memohon pihak sekolah untuk memaparkan keputusan setiap ujian / peperiksaan terperinci setiap murid (mengkut kelas) di papantanda umum supaya ia dapat memberi semangat dan kesan keinsafan kepada murid-murid. | Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman | |
8.0 9.0 | PENANGGUHAN MESYUARAT DAN MESYUARAT AKAN DATANG Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang. Mesyuarat akan datang akan di adakan selepas keputusan peperiksaan Intervensi ke 3 pada 11hb April 2011 kelak. UNTUK MAKLUMAN LANJUT, SILA LAYARI http://stjohn2kl@blogspot.com | Makluman |
Subscribe to:
Comments (Atom)




